| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Ke Pejabat Suruhajaya Pencegahan Anti Rasuah Negeri Melaka (SPRM) Dan Taklimat Integriti Anjuran Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka

Pada 2 November 2022 (Rabu), Lawatan Kerja TKP Roslan bin Hj Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka telah disambut oleh PKPj Mohd Shahril Che Saad Pengarah SPRM Melaka bertempat di Pejabat Suruhajaya Pencegahan Anti Rasuah Negeri Melaka (SPRM). Turut hadir PKK Norneelah binti Shukor, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka, Pegawai Integriti Institusi Penjara Negeri Melaka serta Pegawai dan kakitangan Parol Negeri Melaka. Lawatan ini adalah bertujuan membentuk satu hubungan kerjasama yang positif di antara Jabatan Penjara Malaysia Negeri Melaka dengan Suruhajaya Pencegahan Anti Rasuah Negeri Melaka (SPRM).