| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Sempena Majlis Anugerah Kreatif Tenun Pahang Diraja Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2022

Pada 30 Oktober 2022 bertempat di Hotel Movernpick, Sepang, Selangor Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menyampaikan Anugerah Kreatif Tenun Pahang Diraja Jabatan Penjara Malaysia 2022. Anugerah yang dipertandingkan termasuklah Kategori Tenun Pahang Diraja yang telah dimenangi kakitangan Penjara Penor iaitu WP 24188 Mohd Hafiz Izudin bin Yasin dan KPL 16234 Ahmad Firdaus bin Mohd Razali. Manakala bagi Kategori Warna Alam pula telah dimenangi SP 15672 Mohd Shahrul Amir bin Muda serta KPL 15234 Ahmad Firdaus bin Mohd Razali dari Penjara Penor. SP Mohd Shahrul Amir dan KPL Ahmad Firdaus turut dinobatkan pemenang Anugerah Sulaiman Abdul Ghani. Semua johan kategori berkenaan hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi dan sijil. Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.