28 Oktober 2022 (Jumaat), bertempat di parkir utama Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah berlangsung Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Deepavali Peringkat Orang DiSelia (ODS) bagi Tahun 2022. Program telah dimeriahkan dengan kehadiran (24) ahli keluarga yang bersama-sama menjayakan aktiviti yang diadakan. Program dimulakan dengan Kaunseling Keluarga yang dikendalikan oleh Encik Mohamad Zahroni bin Dalgiri Pegawai Psikologi Pusat Koreksional Jasin, Melaka dan pertandingan Mewarna Kolum. Acara Penutupan program telah dimulakan dengan ucapan PKP Mohd Idlan bin Jamil, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka dan seterusnya sesi memotong kek diantara Pengarah serta keluarga penghuni, sesi beramah mesra Pengarah dan kakitangan bersama Ahli keluarga, persembahan nyanyian oleh Orang DiSelia (ODS), penyampaian hadian dan sesi bergambar.