27 Oktober 2022 | Khamis - Program Outreach Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan yang diadakan di Dewan Masyarakat Tawau. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Nizam Bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah Merangkap Adun N.68 Apas. Turut hadir memeriahkan majlis adalah YDH Komisioner Penjara Haji Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan IPPM diiringi YDH Timbalan Komisioner Penjara Puan Hajah Nora Binti Musa, Pengarah Penjara NEgeri Sabah & W.P Labuan.
Program Outreach ini telah dijalankan dengan penuh meriah dengan mendapat dokongan dan sokongan dari semua pihak agensi kerajaan, NGO, Majikan, pelajar sekolah, ODP dan ODS.Antara pengisian program adalah ceramah PBSL, mesej dari penjara, ceramah pengenalan sistem parol dan pameran oleh agensi yang terlibat. Secara keseluruhannya, program ini memberi input yang lebih jelas tentang peranan Jabatan Penjara dalam usaha merealisasikan 2/3 penghuni di luar tembok penjara melalui program Corporate Smart Intership (CSI). Justru ODP jua dapat merasai dekatnya bersama masyarakat. Akhir majlis diakhiri dengan memberi cenderahati, jamuan makan dan bersurai.