Pada 21 Oktober 2022, Penjara Penor telah mengadakan Program Gantian Kad Pengenalan Penghuni dan Kakitangan Penjara Penor bersempena Hari Pendaftaran Negara Malaysia (HPN) bagi tahun 2022. Program gantian kad pengenalan diketuai oleh Timbalan Pengarah JPN Pahang iaitu Puan Raidah binti Sedan berserta 13 orang staf JPN Pahang bagi urusan gantian kad pengenalan kepada kakitangan dan Pegawai Penjara. Selain itu, program ini juga telah melibatkan seramai 61 orang banduan untuk pengantian kad pengenalan yang lama.