Pada 19 Oktober 2022, institusi Penjara Penor dengan kerjasama Persatuan Pegawai Penjara Malaysia (POA) telah menganjurkan program ceramah pemakanan yang telah disampaikan oleh Dr. Shamsul Azahari Zainal Abidin ( Pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia). Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Penjara Penor, PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi. Selain ceramah pemakanan, turut dianjurkan ialah semakan dan pendaftaran baru ahli-ahli POA.