20 Oktober 2022 (Khamis) Program Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Kalsom binti Noordin (EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga & Kebajikan Negeri Melaka). Majlis perasmian turut dihadiri Komisioner Penjara Supri bin Hashim (Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan), TKP Roslan bin Hj Mohamed (Pengarah Penjara Negeri Melaka), Pengarah Negeri, Pengarah-Pengarah Institusi dan Ketua-Ketua Agensi peringkat Persekutuan dan Negeri. Kesemua tetamu disambut oleh PP Mohd Saifullah bin Md Akhir (Pengarah Muzium Penjara Malaysia) bersama kakitangan Muzium Penjara Malaysia.
Majlis perasmian berlangsung di Dewan Terbuka kemudian ke tapak pameran untuk tujuan lawatan. Turut hadir adalah Ts. Dr. Khairul Azril Ismail (Research Fellow, The Design School, Taylor's University) merupakan rakan kerjasama bagi pameran pada kali ini. Pameran ini adalah berteraskan penceritaan tentang penjara yang berusia lebih 100 tahun menggunakan kaedah yang lebih interaktif. Pameran Berkala ini akan berlangsung selama 2 bulan bermula hari ini sehingga 31 Disember 2022.