20 Oktober 2022, telah berlangsung Penutupan Hari Sukan Negara (HSN) Tahun 2022 Peringkat Orang DiSelia (ODS) yang telah disertai seramai (250) Orang DiSelia (ODS) dan (35) kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Majlis yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari telah dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik, pertandingan bina badan, perlawanan akhir futsal Orang DiSelia (ODS) dan perlawanan akhir tarik tali Orang DiSelia (ODS). Pertandingan sukan ini telah bermula pada 8 Oktober 2022 melibatkan sebanyak (13) kategori pertandingan sukan dibahagikan kepada (8) pasukan Orang DiSelia (ODS). Program sukan ini dimeriahkan dengan pertandingan futsal dan tarik tali di antara kakitangan dan Orang DiSelia (ODS). Kakitangan telah berjaya menewaskan Orang DiSelia (ODS) dalam pertandingan futsal melalui sepakan penalti dan kakitangan telah kalah dalam pertandingan tarik tali kepada Orang DiSelia (ODS). Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang oleh TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak.