| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Jabatan Pertanian Negeri Kelantan Ke Tapak Ternakan Kelulut Serta Perbincangan Pelaksanaan Projek Lembah Kelulut Di Penjara Agro Dusun Dato' Murad

19 Oktober 2022 – Lawatan ke tapak ternakan kelulut dan perbincangan pelaksanaan Projek Lembah Kelulut di Penjara Agro Dusun Dato Murad bersama En. Azuan Bin Abdullah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Jabatan Pertanian Negeri Kelantan iaitu penyelidik yang mempunyai kepakaran dalam bidang ternakan kelulut dan tanaman jangka pendek. Antara yang dibincangkan ialah pembangunan fasiliti, keperluan tanaman sokongan meningkatkan pengeluaran madu, teknik penjagaan dan risiko kelulut, penghasilan perangkap kelulut dan latihan teknik pecah koloni. Pihak pengurusan Penjara Dato Murad merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada En. Azuan Bin Abdullah di atas perkongsian ilmu tersebut.