Program Sukan Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting Perak telah diadakan di Pusat Koreksional Kamunting. Seramai 50 banduan telah terlibat dalam program kali ini. Program dimulai dengan acara sukan dalaman karom, dam dan bola sepak bersama pegawai. Program ini dianjurkan oleh Unit Pemulihan yang diselia oleh PPP Umar Bin Dulmat dan Inspektor Surendran A/L Mannan serta anggota-anggota Unit Pemulihan Pusat Koreksional Kamunting iaitu Koperal Azmi, Wadar Iruan, wadar Khairul dan Encik Fairus dan di meriahkan lagi dengan sokongan pegawai dan anggota Pusat Koreksional Kamunting. Diharapkan program ini dapat memberi impak positif dan kekuatan mental diri penghuni melalui semangat kesukanan.