| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sumbangan Makanan Sempena Hari Perayaan Deepavali Kepada Banduan Lelaki Dan Wanita Beragama Hindu

Pada 17 Oktober 2022 (Isnin), bersempena perayaan Hari Deepavali 2022, Institusi ini telah menerima sumbangan makanan daripada Persatuan Malaysia Hindu Sangam (MHS) Negeri Wilayah Persekutuan bersama Yayasan Tengku Abdullah Ibni Sultan Abu Bakar. Sumbangan daripada Malaysia Hindu Sangam telah disampaikan oleh Puan Navamany a/p Gopal kepada YDH. TKP S.Gunasegaran a/l Shammugam (Pengarah Penjara Sungai Udang) dan sumbangan daripada Yayasan Tengku Abdullah telah disampaikan oleh En. Mohammad Azmil Omar. Antara sumbangan makanan yang diterima adalah roti dan buah-buahan. Majlis telah berakhir pada 12.45 tengah hari.