Pada 27 September 2022 (Selasa), Pusat Koreksional Puncak Alam dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor telah mengadakan program pemeriksaan kesihatan kepada kakitangan dan taklimat HIV dan TB kepada penghuni. Program taklimat diadakan di Surau Abu Bakar As-Siddiq (surau penghuni) dan melibatkan 100 orang penghuni dan pemeriksaan kesihatan kepada kakitangan diadakan di Surau Umar Al-Khattab (surau kakitangan) melibatkan 45 orang kakitangan dan keluarga. Seramai 13 orang kakitangan daripada Pejabat kesihatan Daerah Kuala Selangor yang diketuai oleh Dr. Ibrahim bin Zuleffendi terlibat dalam program ini. Program tamat pada jam 1300hrs.