| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Rasmi Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) Ke Penjara Dusun Dato’ Murad

Pada 28 September 2022 (Rabu) pengurusan Institusi telah menerima lawatan rasmi daripada wakil Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) yang diketuai oleh Encik Idjarmizuan bin Ibrahim, Naib Presiden Kanan 4IR MTDC. Di dalam sesi perbincangan yang dijalankan, pihak MTDC bercadang untuk mengadakan kerjasama dalam bidang inovasi dan pemindahan teknologi inovasi yang sesuai digunakan di Penjara Dusun Dato’ Murad.

MTDC dan Penjara Dusun Dato’ Murad sebelum ini pernah menjalinkan kerjasama di dalam Projek Tanaman Pisang Herba dan dengan perkembangan terbaru ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama yang terjalin di antara dua agensi. Selesai taklimat, Wakil MTDC dibawa untuk melawat ke tapak perancangan projek. Sesi lawatan tersebut selesai pada jam 1.30 tengahari.