| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pelancaran Kempen Membanteras Jenayah Seksual dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak Peringkat Negeri Melaka

Pada 02 Oktober 2022 (Hari Ahad) - Pihak pengurusan Penjara Dusun Dato Murad di jemput sebagai rakan strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Membanteras Jenayah Seksual dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak Peringkat Negeri Melaka. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Kalsom Binti Noordin, EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri Melaka di Pasaraya KIP Mall Bachang, Batu Berendam, Melaka. Sempena majlis ini, Jabatan Penjara telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti Inovasi Gamifikasi Mr. Positif kepada peserta seramai 24 orang yang terdiri dari remaja di bawah seliaan JKM di samping orang awam yang berada di sekitar majlis. Aktiviti ini telah mampu memberikan aura positif kepada semua peserta serta telah meningkatkan keyakinan diri mereka melalui kad tugasan yang perlu dilakukan ketika permainan. Selain itu turut diadakan pameran institusi penjara dan pameran galeri produk penjara.

YB EXCO sangat tertarik dengan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Penjara dan mencadangkan aktiviti inovasi gamifikasi Mr. Positif ini dapat diperluaskan lagi ke semua agensi di bawah JKM, Rumah Orang-Orang Tua dan Sekolah Tunas Bakti Negeri Melaka. Jemputan ini merupakan suatu penghargaan dan kepercayaan yang tinggi Kerajaan Negeri kepada Jabatan Penjara Malaysia khususnya Penjara Dusun Dato’ Murad.