Pada 28 dan 29 September 2022 bertempat di Lapang Sasar Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Tiang Dua, Melaka, Institusi Penjara Dusun Dato’ Murad telah mengadakan Latihan Kemahiran Menembak Pegawai dan Kakitangan Institusi. Seramai 80 orang kakitangan uniform terlibat dalam latihan ini. Latihan ini terbahagi kepada dua kumpulan mengikut divisyen. Divisyen A menjalankan latihan menembak pada 28 September 2022 manakala Divisyen B pada 29 September 2022. Antara senjata yang digunakan dalam latihan adalah Smith and Wesson MP9 serta Revolver .38 SPECIAL dan CZP10C.