Pada 9 Oktober 2022 (Ahad), jam 7.30 pagi telah berlangsung Program Hari Sukan Negara Peringkat Institusi yang melibatkan anggota, kakitangan awam dan Persiap Penjara Dusun Dato' Murad bagi tahun 2022. Antara acara yang dijalankan ialah senamrobik dan Program Gaya Hidup Sihat berjalan 10,000 langkah di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka. Selain itu, turut diadakan perlawanan bola sepak antara Divisyen, aktiviti memancing dan sukaneka diantara kakitangan serta keluarga. Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran PYM Penjara Dusun Dato' Murad, PP Mohd Faizal bin Jidin dan kakitangan penjara serta keluarga yang melibatkan seramai 150 orang. Program ini diadakan bertujuan untuk menerapkan tentang kepentingan beriadah dalam menjaga kesihatan dan memupuk sikap kerjasama dalam pasukan. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Pegawai Yang Menjaga Penjara Dusun Dato' Murad PP Mohd Faizal bin Jidin.