Program CSR Penjara Dusun Dato' Murad Melaka bersama dengan rakan strategik Yayasan Dakwah Islamiyah (YADIM) berlangsung di Masjid Al Alami MITC Melaka pada 16 Oktober 2022 (Ahad).
Program CSR ini dijalankan sempena Program Aspirasi Keluarga Malaysia dan Program SOUK@YADIM Peringkat Negeri Melaka. Pada program ini seramai 500 asnaf telah menerima sumbangan pek makanan barang keperluan harian dan sayuran yang disampaikan oleh YB Datuk Hjh Kalsom bin Noordin, Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri Melaka. Pek makanan tersebut merupakan hasil tanaman Penjara Dusun Dato Murad yang dibeli oleh pihak YADIM manakala barang-barang keperluan harian yang lain, pihak YADIM telah berurusan dengan Koperasi Agro Dusun Dato’ Murad Melaka Bhd. Turut hadir dalam program ini adalah Pegawai Yang Menjaga Penjara Dusun Dato' Murad, PP Mohd Faizal bin Jidin dan TPP Muhamad Safuan bin Zubir sebagai tetamu kehormat majlis perasmian ini.
Penjara Dusun Dato' Murad telah membuat penampilan pertama kumpulan ‘Dusun Buskers’ yang kesemua ahlinya terdiri dari Orang Di Selia (ODS) penghuni Penjara Dusun Dato' Murad Melaka. Program ini adalah salah satu pendekatan Jabatan Penjara Malaysia untuk mendekatkan lagi penghuni penjara dengan masyarakat sekaligus membentuk masyarakat yang saling menyayangi antara satu sama lain.