Pada 2 Oktober 2022 (Ahad), Satu program Corporate Social Responsibility (CSR) yang melibatkan 24 Rakan Niaga Petronas Kawasan 09 ( TAS 09 ) Wilayah Selatan 2 bersama Penghuni Pusat Koreksional Johor bahru telah dijalankan di dewan PPI, PKJB.
Perasmian Program ini telah disempurnakan oleh TKP Tuan Ku Nawawi bin Ku Hamid, Pengarah Penjara Negeri Johor dan turut dihadiri oleh PKP Helmi bin Abd.Zamani Pengarah PKJB, En Ahmad Fadhli bin ZamZam, Pengurus Wilayah Selatan 2 Jabatan Jualan Runcit dan Operasi Petronas , En.Saiful Asyraf Bin Saiful Anuar, Pengurus Kawasan Wilayah Selatan 2 Jabatan Jualan Runcit dan Operasi Petronas.
Didalam program CSR ini pihak Rakan Niaga Petronas Kawasan 09 ( TAS 09 ) telah memberi sumbangan untuk melengkapkan kemudahan perpustakaan banduan PKJB dan sumbangan kepada penghuni bersempena Majlis Jalinan Kasih Perdana PKJB. Program yang bermula jam 9.00 pagi ini berakhir dengan persembahan penghuni pada jam 12.00 tengahari. Program ini dilihat memberikan manfaat kepada kesemua pihak serta mencapai objektif program bagi mengukuhkan pemulihan banduan dan memberikan pendedahan kepada komuniti mengenai inisiatif penjara dalam mempersiapkan penghuni bagi pengintegrasian semula kepada masyarakat.