Pada 27 September 2022 jam 2.30 petang bertempat di Dewan Kelab Dusun Dato’ Murad telah diadakan Dialog Bulanan bagi bulan September 2022. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan kemudiannya upacara bacaan Ikrar Aku Janji Tahunan Akta Rahsia Rasmi 1972 yang diketuai oleh PP Mohd Faizal bin Jidin, Pegawai Yang Menjaga Penjara Dusun Dato’ Murad. Seterusnya majlis di teruskan lagi dengan penyampaian sijil dan Anugerah Inovasi yang dimenangi oleh Institusi melalui Team Mr. Positif yang muncul Johan dalam kategori inovasi peringkat Jabatan. Majlis disudahi dengan taklimat daripada perwakilan POA institusi yang menyampaikan beberapa info untuk pengetahuan kakitangan institusi. Dialog Bulanan Institusi berakhir pada jam 4.35 petang.