27 September 2022 (Selasa), seramai 29 Orang DiSelia (ODS) dan 15 Pegawai serta kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah terlibat dalam Program Khidmat Komuniti di Masjid Ar-Rahman Kampung Pulai Merlimau, Melaka. Program Khidmat Komuniti ini adalah bagi melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan dalaman dan persekitaran masjid. Aktiviti utama lain juga adalah menempatkan semula (4) pondok waqaf masjid ke tempat yang lebih strategik. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. dapat membuang stigma negatif masyarakat terhadap Orang DiSelia (ODS) serta menghilangkan sangkaan negatif diri Orang DiSelia (ODS) terhadap masyarakat.