| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Yang Berhormat Senator Datuk Haji Idris Bin Haji Ahmad Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Penghuni Penjara Kajang

Program Jalinan Kasih Yang Berhormat Senator Datuk Haji Idris Bin Haji Ahmad Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Penghuni Penjara Kajang diadakan pada hari Isnin, 19 September 2022. Program bermula jam 12.00 tengahari sehingga 2.30 petang. Program dimulakan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohamad Zarifi Bin Mohamad Daud, Pegawai Khas di Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Saudara Faizal Bin Ismail daripada Radio Zayan. Program diteruskan dengan solat Zohor berjemaah dan tazkirah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri serta penyampaian sumbangan kepada penghuni yang disumbangkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), QSR Brands (M) Holdings Berhad dan Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Seramai 100 orang banduan bersama dalam program ini.