22 September 2022 (Khamis), Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Program Bengkel Kifayah Pengurusan Faraid, Pengurusan Jenazah dan Penyembelihan anjuran bersama Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Melaka di Surau An Nur Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Program ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir dengan jayanya pada jam 5.00 petang. Program ini melibatkan seramai 100 Orang DiSelia (ODS) dan kakitangan. Program ini telah mencapai sasaran dan objektif dengan memberi pemahaman teori berkaitan pengurusan faraid, pengurusan jenazah dan penyembelihan beserta praktikal kepada Orang DiSelia (ODS) dan kakitangan institusi ini.