| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Timbalan Komisioner Jeneral Penjara ke Institusi Penjara Seremban, Negeri Sembilan

Khamis, 22 September 2022 – Lawatan kerja YBhg. Dato' Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional ) bersama TKP Anathurai A/L Kalimuthu, Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen dan TKP Zainah binti Pardi, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Seksyen Vokasional & Industri) di institusi Penjara Seremban telah disambut oleh PKP Sharil Bin Basir, Pengarah Penjara Seremban bersama pegawai-pegawai kanan Penjara Seremban. Lawatan kerja dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh PKP Sharil Bin Basir yang diadakan di Bilik Mesyuarat Dahlia dan diikuti dengan ucapan oleh YBhg. TKJP Dato' Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak. Antara pengisian program tersebut adalah lawatan ke dalam Blok Penempatan Banduan dan Bengkel Kayu serta diisi dengan persembahan Choral Speaking dan Busking oleh penghuni Penjara Seremban.