| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bengkel Kifayah Dan Tahsin Ibadah

21 September 2022 – Penjara Dusun Dato’ Murad, Melaka melalui Unit Agama telah mengadakan kolaborasi dengan Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi melaksanakan Bengkel Kifayah dan Bengkel Tahsin Ibadah khusus buat kakitangan dan Orang Diselia (ODS) di institusi ini. Bengkel ini diadakan selama dua hari bermula 20 hingga 21 September 2022 bertempat di Surau al-Syifa’.

Bengkel pada hari pertama menekankan berkenaan Pengurusan Harta Pusaka diikuti Pengurusan Jenazah dan Kaedah Sembelihan Halal. Bengkel pada hari ke-2 disambung pula dengan kursus berkaitan Taharah, Azan dan Iqamah serta diakhiri dengan kursus Tahsin Solat. Kesemua program dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu amali dan praktikal. Penceramah-penceramahnya pula merupakan asatizah yang memegang tauliah JAIM dan merupakan individu yang arif dalam bidang masing-masing.

Bengkel pada tahun ini berjaya melibatkan seramai 70 orang termasuk kakitangan dan ODS. PYM PP Mohd Faizal bin Jidin dalam ucapannya di Majlis Penutup berkata, bengkel seperti ini amat-amat bermanfaat dan perlu diteruskan di masa akan datang bagi menyuburkan budaya ilmu dan ianya bertepatan dengan aspek dan aspirasi pemulihan Jabatan Penjara Malaysia. Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada pihak-pihak terlibat.