20 September 2022, Selasa, Penjara Pusat Sibu, Program Outreach (Temuseru ) yang dirasmikan oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti di Dewan Melayu Kampung Nyabor (MUC), Sibu. Turut meyempurnakan majlis tersebut wakil Penjara Malaysia Komisioner Penjara Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Pengurusan Banduan diiringi Pengarah Negeri Sarawak Timbalan Komisioner Penjara Mohd Andri Bin Haji Md Ridwan. Seramai 250 jemputan hadir terdiri dari OBB, Majikan, Ketua-ketua Jabatan, NGO serta pameran dari agensi-agensi lain di sekitar Daerah Sibu. Majlis perasmian dimulakan dengan pukulan gong oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah serta diikuti dengan forum yang melibatkan 3 orang panel dan 1 Moderator. Majlis berakhir dengan penyampaian sijil penghargaan kepada majikan dan cenderahati kepada tetamu jemputan.