| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pemprosesan Produk Berasakan Nanas

15 September 2022 (Khamis) telah berlangsung Kursus Pemprosesan Produk Berasaskan Nanas Anjuran Lembaga Perindustrian Nanas  Negeri Sembilan dan Melaka selama dua hari bermula 14 September 2022 hingga 15 September 2022. Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Pengarah LPNM Wilayah Tengah Tuan Haji Mohd Yusni bin Ramelan, Pengarah LPNM Negeri Sembilan dan Melaka, Puan Siti Hajar binti Ramlee dan turut disertai oleh PKP Mohd Idlan bin Jamil, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Objektif kursus telah tercapai apabila kesemua 35 orang peserta kursus yang terdiri daripada Orang Awam, Pegawai Penjara dan Orang DiSelia (ODS) berjaya menghasilkan produk berasaskan nanas antaranya Halwa Nanas, Biskut Fibre Nanas dan Jus Nanas. Kursus ini diakhiri dengan perasmian penutup dan jamuan makan tengahari serta menandatangani Buku Pelawat.