Pada 10 September 2022 (Sabtu), bagi mengenang jasa kepada pesara-pesara Jabatan Penjara Malaysia dan anak-anak kakitangan yang cemerlang dalam peperiksaan, telah diadakan Majlis Jasamu Dikenang & Anugerah Anak Cemerlang Peringkat Zon Selatan Tahun 2022 di Ballroom A’Famosa Golf & Country Resort, Melaka. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. KJP Dato’ Hj Nordin bin Hj Muhamad (Komisioner Jeneral Penjara Malaysia). Turut hadir, YBhg. Datin Hjh Zihana binti Mohd Zin (Yang Dipertua PERSIAP), YBhg. TKJP Dato’ Hj Abdul Aziz bin Abdul Razak (Timbalan Komisioner Jeneral Penjara – Keselamatan dan Inteligen), YBrs. TKJP Abd Kadir bin Rais (Timbalan Komisioner Jeneral Penjara - Pengurusan), YBhg. TKJP Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman (Timbalan Komisioner Jeneral Penjara – Pemasyarakatan), YBhg. KP Dato’ Narander Singh (Pengarah Pembangunan Profesionalisme), YBrs. TKP Zaidi bin Hamid (Pengerusi POA), YBrs. TKP Roslan bin Hj Mohamed (Pengarah Penjara Negeri Melaka), YBrs. TKP Ku Nawawi bin Ku Hamid (Pengarah Penjara Negeri Johor), En. Mohamad Yusri bin Hashim (Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran) dan Ketua-Ketua Institusi Zon Selatan. Seramai 38 orang pesara telah menghadiri majlis ini dan 10 orang anak kakitangan yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2021. Turut disampaikan saguhati bagi mengenang jasa perkhidmatan kepada pesara yang berkhidmat melebihi 35 tahun ke atas.