| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pelancaran Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi

Pada 12 September 2022 (Isnin) pengurusan Institusi telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia. Turut menghadiri majlis tersebut adalah YB. Dato‘ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Kementerian Sains, Teknologi Dan Invoasi dan YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Pada kesempatan ini juga, pengurusan sempat berbincang dengan Ketua Eksekutif MTDC iaitu Dato’ Norhalim Yunus berkaitan projek kerjasama terkini yang boleh dilaksanakan di Penjara Dusun Dato’ Murad untuk masa akan datang. DBN 2.0 merupakan kesinambungan daripada Dasar Bioteknologi Negara 2005-2020 dan memberi tumpuan kepada 3 sektor utama iaitu Bioteknologi Pertanian dan Jaminan Makanan, Bioteknologi Perindustrian dan Ekonomi Kitaran serta Bioteknologi Penjagaan Kesihatan dan Kesejahteraan. Majlis pelancaran tersebut berakhir pada jam 4.30 petang.