| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pertandingan Bicara Berirama Penghuni Peringkat Zon Tengah Sempena Kempen Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Jabatan Penjara Malaysia

Pada tarikh 05 september 2022 (Isnin), Program Pertandingan Bicara Berirama Penghuni Peringkat Zon Tengah Sempena Kempen Anti Dadah Kebangsaan 2022 telah diadakan di Seksyen Rawatan dan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang. Pertandingan telah bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Pertandingan ini dinilai oleh 3 juri jemputan dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka dan Pejabat Pendidikan Cheras. Program pertandingan ini melibatkan penyertaan penghuni seramai 102 orang dari 5 institusi dari zon tengah iaitu Institusi Penjara Kajang, Institusi Penjara Sungai Buloh, Institusi Penjara Wanita Kajang, Institusi Penjara Seremban dan Institut Pemulihan Dadah Jelebu. Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh TKP Mohd Rosidek Bin Musa Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan (Pendidikan) turut hadir bersama TKP Rosoman Bin Abu Bakar @ Che Din Pengarah Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pegawai-Pegawai Kanan, wakil dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sembilan, Institusi Penjara Kajang, Institusi Penjara Sungai Buloh, Institusi Penjara Seremban, Institusi Penjara Wanita Kajang, Institut Pemulihan Dadah Jelebu. Program turut diserikan dengan persembahan Band dari penghuni Seksyen Rawatan dan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang. Keputusan pertandingan program ini adalah seperti berikut, johan keseluruhan telah dimenangi institusi Penjara Kajang, naib johan dimenangi Institusi Penjara Seremban, tempat ketiga dimenangi institusi Penjara Sungai Buloh manakala Saguhati Penyertaan juga diberi kepada Institusi Penjara Wanita Kajang Institut Pemulihan Dadah Jelebu. Bagi ketegori konduktor terbaik telah dimenangi Institusi Penjara Kajang, ketegori skrip terbaik juga dimenangi Institusi Penjara Kajang dan ketegori persembahan terbaik dimenangi Institusi Penjara Seremban. Majlis di akhiri dengan acara kibaran Jalur Gemilang dan nyanyian patriotik sempena Bulan Kemerdekaan.