| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Modul Supportive Team Addiction And Recovery (STAR), Kementerian Kesihatan Di Seksyen Rawatan Dan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang

Pada tarikh 23, 24 dan 25 Ogos 2022, Program Modul Supportive Team Addiction And Recovery (STAR), Kementerian Kesihatan telah diadakan selama (3) hari di Bilik Mesyuarat, Seksyen Rawatan Dan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang. Program Rintis bagi Modul Supportive Team Addiction And Recovery (STAR) yang pertama kali dilaksanakan dalam kalangan penghuni Seksyen Rawatan dan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang ini merupakan kolaborasi bersama Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan PENGASIH Malaysia dan Penjara Kajang. Program ini dilaksanakan melibatkan (5) pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), (9) kakitangan PENGASIH Malaysia dan 48 penghuni penjara. Program ini merupakan peringkat akhir bagi penerbitan Modul Supportive Team Addiction And Recovery (STAR) yang akan dijadikan bahan rujukan untuk latihan bina upaya kepada kumpulan sokongan yang akan memperkasakan dan mempromosikan gaya hidup sihat ke arah mengurangkan risiko terhadap penyakit berjangkit dan penyalahgunaan dadah berulang. Perasmian penutupan program telah dirasmikan oleh Pn Saadah binti Omar, Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Dasar dan Perancangan Strategik, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut dihadiri Haji Ramli Abd Samad, Presiden Persatuan PENGASIH Malaysia, Penguasa Penjara Maswardi bin Masri, Ketua Seksyen Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD), Penjara Kajang dan Penolong Komisioner Penjara Muhamad Kamal bin Shamsudin, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan dan Pemasyarakatan, Penjara Kajang. Di akhir program, diadakan sesi pemberian sijil kepada peserta program, sesi bertukar pemberian cenderamata daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan PENGASIH Malaysia kepada pihak penjara Kajang dan disusuli dengan minum petang.