Pada 31 Ogos 2022 (Rabu) bertempat di padang bola sepak penghuni Penjara, Unit Pemulihan dan Rawatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65 Peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena 2022. Aturcara Majlis dimulakan dengan perarakan kontinjen perbarisan, kawad formasi, persembahan nyanyian lagu patriotik dan deklamasi sajak oleh penghuni Penjara . Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh PKP Rizalma Bin Che Abd’ Hamid, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena.