| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Sahabat Kita Demi Negara Ke Muzium Penjara Malaysia

Pada 25 Ogos 2022 telah diadakan Program lawatan Sahabat Kita Demi Negara (KDN) ke Muzium Penjara Malaysia Melaka. Program disempurnakan oleh Encik Sharulmizan bin Rahmat, Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat, Kementerian Dalam Negeri. Program lawatan turut dihadiri oleh KP Supri bin Hashim, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, TKP Roslan bin Hj Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Ketua-Ketua Institusi Negeri Melaka.

Seramai 33 orang ahli Sahabat Kita Demi Negara dan wakil-wakil dari Institusi Penjara Negeri Melaka hadir mengikuti lawatan ini dan disambut oleh PP Mohd Saifullah bin Md Akhir, Pengarah Muzium Penjara Malaysia.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan sistem hukuman dan kepenjaraan kepada masyarakat bagi membendung penglibatan masyarakat terhadap penyalahgunaan dadah dan jenayah disamping melaksanakan hasrat Jabatan Penjara Malaysia bersama-sama membendung masalah sosial dikalangan masyarakat di Malaysia.

Program ini dimulakan dengan mengadakan taklimat ringkas, melawat pelbagai pameran termasuk Simulasi Di Dalam Penjara yang melibatkan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Pernu, pameran Bilik Hukuman Gantung, Demostrasi Hukuman Sebat Rotan dan diakhiri dengan majlis perasmian program serta jamuan tengahari.