| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Lembaga Parol Kementerian Dalam Negeri (KDN) Di Penjara Penor

Pada 19 Ogos 2022 Institusi Penjara Penor telah dilawati oleh Lembaga Parol KDN. Lawatan ini bertujuan bagi menambahbaik aspek penilaian seseorang banduan sebelum dilepaskan secara Perintah Parol oleh Lembaga Penilai. Lawatan ini disertai oleh 32 Pegawai dan diketuai oleh YA Puan Zarinah binti Mat Jailani (Pengerusi Lembaga Parol 1),dan YA Tuan Ahmad Razif bin Mohd Sidek (Pengerusi Lembaga Parol 2). Hadir bersama ialah PKK Charin Promwichit ( Timb. Pengarah Penjara Negeri Pahang ) dan PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi ( Pengarah Penjara Penor). Sesi taklimat ringkas berkaitan program pemulihan banduan telah diadakan sebelum lawatan ke tempat - tempat pelaksanaan program pemulihan di dalam Penjara.