ISNIN, 09 Ogos 2022 – Bertempat di Dewan serbaguna Penjara Simpang Renggam Johor telah diadakan Dialog Bulanan Penjara Simpang Renggam bagi Bulan Ogos 2022. Majlis disempurnakan oleh YDH TKP Abdul Kadir Jailani Bin Ismail, Pegawai Yang Menjaga Penjara Simpang Renggam
Aturcara majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Bakti Setia. Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazimuddin Bin Ismail sebelum pemakaian pangkat Ketua Inspektor Penjara kepada (2) orang pegawai, KIP Norlia Binti Ali dan KIP Helmi Bin Kasmuri. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi dialog bersama YDH Pegawai Yang Menjaga Penjara Simpang Renggam Johor.
Selesai sesi dialog, majlis diteruskan dengan cabutan bertuah bagi kakitangan yang hadir. Majlis selesai pada jam 04.30 petang.