Kursus Control & Restraint telah diadakan di Dewan Serbaguna Penjara Pusat Miri selama 2 hari mulai 18 hingga 19 Julai 2022. Kursus tersebut dikendalikan oleh pihak Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak yang diketuai Timbalan Penguasa Penjara iaitu Abdul Halim bin Musa Ibrahim dengan dibantu oleh Sarjan Penjara Cyril Rimong Anak Adutt dan Koperal Penjara Rusli bin Ramlee yang melibatkan seramai (12) anggota lain-lain pangkat di institusi ini. Tujuan kursus diadakan adalah untuk memberi kemahiran dan juga pendedahan kepada anggota berkenaan teknik 'Control & Restraint' dalam mengawal dan menahan banduan yang bertindak agresif. Anggota diberi penerangan berkenaan teknik 'Control & Restraint' dan juga diberi latihan praktikal penggunaan teknik tersebut. Pada hari kedua, Anggota diberi pendedahan dan praktikal penggunaan teknik 'Control & Restraint' dalam formasi taktikal 'Three Men Team'.Kursus berakhir dengan penyampaian sijil kepada para peserta yang terlibat. Penyampaian sijil telah disampaikan oleh Pengarah Penjara Pusat Miri iaitu PKP Tuan Achon Anak Tadeng.