11 Muharram 1444H / 09hb Ogos 2022 (Selasa) - Hari ini Institusi Penjara Tawau telah melaksanakan Program Bubur Asyura.
Program ini telah dilaksanakan secara gotong royong oleh kakitangan Penjara bersama Ahli PERSIAP Cawangan Tawau dan telah menyediakan sebanyak 1,500 tapau Bubur Asyura untuk diagih-agihkan kepada seluruh kakitangan.
PKK Kamarul Zaman Bin Ali Zaman, Pengarah Penjara Tawau diiringi oleh PP Supian Bin Kamarudin mengetuai majlis penyerahan Bubur Asyura kepada para pegawai dan kakitangan Penjara Tawau.