05 Ogos 2022 (Jumaat) Lawatan Kerja Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen KP Haji Ahmad Faudzi bin Awang bersama PP Jeffry bin Pandal dan IP Muhammad Faidzull Fahmi bin Azizan ke Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah disambut oleh PKP Mohd Idlan bin Jamil Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka, PP Mohd Marzuki bin Ibrahim Timbalan Pengarah, TPP Aswari bin Che Ibrahim, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak dan Pegawai Kanan. Lawatan kerja dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh PKP Mohd Idlan bin Jamil yang diadakan di bilik Mesyuarat Cempaka dan diikuti dengan ucapan oleh KP Haji Ahmad Faudzi bin Awang. Lawatan tersebut bagi membincangkan cadangan pengubahsuaian bangunan di institusi ini. Lawatan kerja bermula di Bilik AMRA, Pintu Utama, Tempat Jumpa Luar dan Blok Damai. Lawatan kerja diakhiri dengan menandatangani Buku Pelawat di Pintu Utama.