Pada 04 Ogos 2022 bertempat di Perkarangan Padang Program Pembangunan Insan (PPI) Penjara Reman Pulau Pinang telah diadakan Majlis Sambutan Awal Muharam 1444 Hijrah Peringkat Penghuni. Seramai 400 penghuni telah mengikuti majlis tersebut. YBhg. Dato’ DR. Danial Bin Zainal Abidin dijemput sebagai penceramah dengan ceramahnya bertajuk “Kemana Hijrahku”. Majlis dirasmikan oleh PKP Mohamad Jusoh bin Ismail, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PKK Khairil Nizam Bin Anuar, Pengarah Penjara Seberang Perai dan PP Darmizam Bin Hj. Desa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang.