02 Ogos 2022 (Isnin) 12.00 Tengahari | Pusat pemulihan Khas (PPK) Simpang Renggam telah menerima lawatan daripada Anggota Lembaga Pencegahan Jenayah Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada hari ini. Delegasi Lembaga Pencegahan Jenayah KDN terdiri daripada:
• YBhg. Datuk Jamil Bin Aripin (Pengerusi Lembaga Pencegahan jenayah)
• YBrs. Tuan Jailani Bin Rahman (Timbalan Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah)
• YDH SAC Mohd Zani Bin Che Din (Anggota Lembaga Pencegahan Jenayah)
• YBhg. Dato’ Mokhtar Bin Mohd Noor (Anggota Lembaga Pencegahan Jenayah)
• YBrs. Tuan Mohd Khairul Bin Zamalluddin (Setiausaha Bahagian, Urusetia Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan)
• Puan Noraziah Binti Abdul Halim (Ketua Penolong Setiausaha, Urusetia Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan)
• Encik Kamal Fikri Bin Baharuddin (Penolong Setiausaha, Urusetia Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan)
• Encik Azman Bin Ahmad (Penolong Setiausaha, Urusetia Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan)
Lawatan bertujuan adalah untuk berinteraksi secara terus bersama pihak Pusat Pemulihan Khas bagi mendapatkan butiran terperinci terhadap penguatkuasaan Perintah-perintah di bawah Akta Pencegahan jenayah 1959 yang telah diputuskan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah Kementerian Dalam Negeri.
Delegasi yang diketuai oleh YBhg. Datuk Jamil Bin Aripin tiba ke Pusat Pemulihan Khas Simpang Renggam pada jam 12.15 tengahari disambut oleh YDH Pegawai Yang Menjaga, TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail, Timbalan Pegawai Yang menjaga, PKP Shahrom Bin Mohamed dan TPP Mohd Nur Azwan bin Ab Rahaman. Para delegasi dibawa ke Rundingcara POCA dengan disambut paluan kompang terdiri daripada tahanan POCA. Kemudian, mereka disajikan dengan persembahan nasyid daripada Kumpulan Nasyid Tahanan POCA yang juga merupakan wakil Penjara Simpang Renggam pada Ihtifal Kesenian Islam Jabatan Penjara Malaysia yang telah berlangsung di Penjara Kluang Johor baru-baru ini. Kemudian, para delegasi dibawa ke Bengkel Jahit Tahanan POCA sebelum dibawa melawat Blok Penempatan Tahanan POCA.
Delegasi kemudiannya dibawa ke Bilik Mesyuarat Penjara Simpang Renggam untuk sesi taklimat berkaitan program pemulihan yang dijalankan terhadap Tahanan POCA di PPK Simpang Renggam yang disampaikan oleh TPP Mohd Nur Azwan Bin Ab Rahaman serta sepatah dua kata daripada YDH TKP Abdul Kadir Jailani Bin Ismail dan YBhg. Dato’ Jamil Bin Aripin. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan menandatangani buku pelawat. Program lawatan selesai pada jam 02.30 petang.