| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Penjara Negeri Johor Bersama Sprm Negeri Johor

18 Julai 2022 (Isnin) 09.30 Pagi | bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Simpang Renggam telah diadakan Program Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Penjara Negeri Johor bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor. Para peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Penjara Negeri Johor mula memenuhi tempat seawal jam 09.00 pagi. Ketua-ketua institusi yang dihadiri oleh TKP Meor Azizi Sapawi Bin Hj Ahmad Sepuan, TKP Abdul Kadir Jailani Bin Ismail, PKP Hairol Hisham Bin Mohd Harith dan PKP Shahrom Bin Mohamed mula tiba pada jam 09.30 pagi sebelum ketibaan Pengarah SPRM Negeri Johor, YBhg Dato’ Azmi Bin Alias pada jam 09.40 pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis sebelum disusuli dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Bakti Setia. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan YDH TKP Meor Azizi Sapawi Bin Hj Ahmad Sepuan yang mewakili Pengarah Penjara Negeri Johor. Kemudian, majlis menjemput YBhg Dato’ Azmi Bin Alias, Pengarah SPRM Negeri Johor untuk menyampaikan ucapan dan amanat sebelum ke sesi kemuncak iaitu lafaz ikrar bebas rasuah oleh pegawai dan kakitangan Penjara Negeri Johor yang dipimpin oleh TKP Meor Azizi Sapawi Bin Hj Ahmad Sepuan dan sesi menandatangani ikrar tersebut. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan bacaan doa penutup. Majlis selesai pada jam 11.30 pagi.