| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Khas Kementerian Kesihatan Malaysia (Kawalan Penyakit Berjangkit)

19 Julai 2022 (Selasa), satu lawatan khas dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya yang di ketuai oleh Ketua Sektor Penyakit Berjangkit ,Dr Hani binti Mat Hussin,Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang diketuai oleh Dr Roddy Teo dan Pejabat Kesihatan Daerah Tawau diketuai oleh Dr Mohd Tariq bin Mhd Noor Pakar Kesihatan Awam Tawau ke Penjara Tawau telah diadakan pada tarikh ini. Tujuan lawatan adalah untuk berbincang berkenaan langkah pencegahan  dan kawalan yang lebih efisien memandangkan terdapat peningkatan kes tibi di kalangan banduan. Hasil lawatan dan perbincangan, terdapat beberapa penambah baikan yang perlu dilakukan untuk mengekang penularan tibi dan secara keseluruhan Kementerian Kesihatan berpuas hati dengan langkah awal pencegahan,pengasingan dan rawatan yang telah dilakukan oleh pihak Klinik Kesihatan Penjara Tawau khususnya. Lawatan diakhiri dengan penyerahan garis panduan pengurusan Tibi di Penjara oleh Dr Hani binti Mat Husin, kepada Pengarah Penjara Tawau, PKK Abd Rauf Bin Lang Pasih bersama-sama dengan Pegawai Kesihatan Penjara Dr Amir Ridhwan bin Amir Fizal UD48.