| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Simpang Renggam, Johor

Pada 17 Julai 2022 ( Ahad ) bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Simpang Renggam, Johor telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Simpang Renggam, Johor diantara TKP Meor Azizi Sapawi Bin Hj Ahmad Sepuan  kepada TKP Abdul Kadir Jailani Bin Ismail dengan disaksikan oleh  TKP Ku Nawawi Bin Ku Hamid, Pengarah   Penjara   Negeri Johor.  Turut hadir pada majlis tersebut adalah ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Johor, Pegawai – pegawai kanan dan kakitangan Penjara Simpang Renggam Johor. Majlis juga turut dihadiri beberapa wakil dari agensi luar antaranya   Pegawai  Pemerintah  Pasukan Gerakan Am (PGA) BN 5 Simpang Renggam, Ketua Balai Polis Simpang Renggam, Ketua Balai Bomba Rengam, Pegawai Majlis Perbandaran  Simpang Renggam dan wakil daripada Ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Johor.