Bukit Beruang, Melaka, 08 Julai 2022 (Jumaat) – Unit Latihan Institusi telah mengadakan Latihan Kecergasan Fizikal Siri 04/2022 di Bukit Beruang, Melaka. Program ini disertai oleh 25 anggota pelbagai pangkat dengan aktiviti mendaki Bukit Beruang. Antara objektif program adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan semangat kerjasama di kalangan anggota dan pegawai dalam pasukan. Ketinggian hanya 116.3 meter, peserta berjaya sampai di puncak bukit, pendakian di diterajui oleh Sjn Bahtiar bin Buang dan dibantu Pegawai Unit latihan Institusi, Sjn Noor Aswarina dan Sjn Noorazrin.