Sekolah Henry Gurney Telok Mas, 06 Julai 2022 (Rabu) – Lawatan Penanda Aras Pemantapan Pengurusan dan Keceriaan Institusi dari kakitangan Penjara Wanita Kajang. Seramai 22 orang anggota pelbagai pangkat dan awam yang diketuai oleh PPP Haslina binti Alwi. Tujuan lawatan adalah untuk memberikan gambaran berkaitan sistem pengurusan persekitaran dan cara kerja yang lebih efisien. Taklimat lawatan disampaikan oleh Insp. Muhamad Firdaus bin Zaraini. PP Yusni bin Habibullah selaku wakil dari Pengarah telah membawa peserta melawat persekitaran institusi dan memberi penerangan.