Pada 05.07.2022 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang mencipta slogan DKK dengan slogan ‘Bersama Kita Membantu’ iaitu Wdr 22383 Bazilah binti Abdul Razak. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs TKJP Abd Kadir bin Rais Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan). Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Dato’ Mohd Sakeri bin Haji Dollah Pengarah Penjara Negeri Selangor & WPKL, PP Shokri bin Mat Sarip dari Pembangunan Profesionalisme IPPM, Penguasa Penjara Muhammad Syafiq bin Haji Mohd Sarif Komandan Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang Selangor.