Pada 29 Jun 2022 (Khamis) jam 10.00 pagi bertempat di Dataran Pentas Muzium Penjara Malaysia, telah berlangsung Majlis Perasmian Program Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya (SHIELDS) kerjasama antara Jabatan Penjara Malaysia & Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jasin yang telah disempurnakan oleh Pn. Nor Zulaikha binti Mansor, Penolong Pengarah Pencegahan & Publisiti AADK Negeri Melaka. Majlis turut dihadiri oleh PP Mohd Saifullah bin Md. Akhir, Pengarah Muzium Penjara Malaysia, Tn. Mohamad Zulkefli bin Mohd Amin, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Tn. Abdul Kadir bin Othman, Pegawai Pendidikan Daerah Jasin, Pn. Siti Aminah binti Talib, Ketua Pegawai AADK Daerah Jasin, Pegawai-pegawai Muzium Penjara dan Urusetia AADK Daerah Jasin.
Program Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya (SHIELDS) merupakan program kesedaran kepada pelajar-pelajar terpilih dari 3 Sekolah Menengah iaitu SMK Simpang Bekoh (15 pelajar), SMK Nyalas (15 pelajar) & SMK Selandar (7 pelajar). Tujuan program ini diadakan adalah untuk membendung penglibatan para pelajar terhadap penyalahgunaan dadah disamping melaksanakan hasrat Jabatan Penjara Malaysia bersama-sama membendung masalah sosial dikalangan pelajar sekolah.
Program ini dimulakan dengan mengadakan simulasi di dalam penjara, taklimat hukuman sebat rotan, taklimat perlaksanaan hukuman mati dan diakhiri dengan majlis perasmian serta makan tengahari.