Pada 30/06/2022 (Khamis) lebih kurang jam 10.30 pagi – Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang telah mengadakan Program Sembang Santai “Menebus Maruah Yang Tergadai” bersama kakitangan dan Orang Diselia (ODS). Penceramah jemputan Dato’ Dr Haji Fadzilah bin Kamsah. Objektif program bagi membentuk keyakinan sahsiah dan jati diri ODS apabila berhadapan dengan masyarakat setelah di bebaskan selain dapat mengetahui sikap positif di dalam diri dan mengaplikasikan sikap-sikap murni di dalam kerja. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Penguasa Penjara Abdul Aziz bin Che Mamat, wakil Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Penguasa Penjara Muhammad Syafiq bin Haji Mohd Sarif Komandan Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang.