Pada 03 Julai 2022 (Ahad), Penjara Reman Pulau Pinang telah menerima Lawatan Kerja daripada YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri bersama YBhg. Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional) dengan diiringi oleh PKK Hj. Zulkifli Bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, PKK Khairil Nizam Bin Anuar, Pengarah Penjara Seberang Perai dan PKP Mohamad Jusoh Bin Ismail, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Lawatan tersebut bertujuan membincangkan tentang isu-isu semasa melibatkan pentadbiran penjara dan hal ehwal staf.