26 Jun 2022 (Ahad) - Penjara Sungai Petani dengan kerjasama Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah amat berbesar hati kerana telah diberikan kepercayaan untuk menjadi pengelola kepada Kejohanan Badminton Jabatan Penjara Malaysia tahun 2022 yang berlangsung pada 23 Jun sehingga 26 Jun 2022 bertempat di Amanjaya Sport Arena, Sungai Petani, Kedah dengan jayanya. Kejohanan mendapat sambutan daripada 16 buah kontinjen yang terdiri daripada Kontinjen Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak A, Perak B, Selangor A, Selangor B, Negeri Sembilan, Melaka, Johor A, Johor B, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Keseluluruhan penyertaan adalah seramai 297 peserta dengan penuh semangat kesukanan mengharungi saingan acara berpasukan dan acara terbuka. Selain daripada 16 kontinjen bersaing dalam acara berpasukan, acara terbuka juga mendapat perhatian daripada para peserta di mana 32 peserta mendaftar untuk bersaing dalam acara terbuka perseorangan lelaki, 63 penyertaan dalam acara terbuka beregu lelaki, 27 penyertaan dalam acara terbuka beregu veteran, 24 penyertaan dalam acara terbuka beregu wanita dan 6 penyertaan dalam acara beregu VIP.
Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh YBrs TKJP Abd Kadir bin Rais, Timbalan Komisioner Jeneral (Pengurusan) merangkap Naib Yang Dipertua 1 Majlis Sukan Penjara Malaysia. Turut serta bersama-sama di dalam Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan adalah TKP Shukri bin Saad, Pengarah Penjara Negeri Kedah dan PKP Nazri bin Mohamad, Pengarah Penjara Sungai Petani selaku pengerusi pengelola, TKP Zawari bin Rashid, Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, PKK Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar, Pengarah Unit Integriti IPPM, Barisan Exco Majlis Sukan Penjara Malaysia, Barisan Pengarah dan Wakil daripada Pejabat Pengarah Negeri Zon Utara, Barisan Pengarah dan Wakil daripada Institusi Penjara Zon Utara, Komandan Penjara Satelit dan Pusat Reintegrasi Penghuni di Negeri Kedah, Barisan Pengadil daripada Persatuan Badminton Negeri Kedah, serta barisan kontinjen yang bertanding.
Berikut adalah keputusan dalam acara-acara yang telah dipertandingkan.
1. ACARA BERPASUKAN
JOHAN : SELANGOR A
NAIB JOHAN : SARAWAK
KETIGA BERSAMA : SABAH & SELANGOR B
2. CARA TERBUKA PERSEORANGAN LELAKI
JOHAN :
Ahmad Nizam bin Adzaman (SELANGOR A)
NAIB JOHAN :
Razik bin Sarbini (SARAWAK)
KETIGA BERSAMA:
Zulkaria bin Abdullah (TERENGGANU)
Ridzuan bin Anuar (NEGERI SEMBILAN)
3. CARA TERBUKA BEREGU LELAKI
JOHAN :
Mohd Shahrul bin Mohd Noor / Mohd Syamsyir Zhafran bin Shahari (PERAK A)
NAIB JOHAN :
Limin bin Ladaleh / Md Hafezul Nizar bin Abd Kassim (SABAH)
KETIGA BERSAMA:
Halmie bin Jakarulah / Azli bin Ismail (SABAH)
Muhammad Luqman bin Mat Ripa / Wan Muhamad Hazlin bin Wan Din (PAHANG)
4. CARA TERBUKA BEREGU WANITA
JOHAN :
Siti Farizah binti Harun / Norita binti Jalil (JOHOR A)
NAIB JOHAN :
Nur Suhaidah binti Shuib / Liew Jack Lee (SELANGOR A)
KETIGA BERSAMA :
Amrina binti Ismail / Siti Khadijah binti Abdul Hamid (KEDAH)
Siti Suzana binti Jumri / Nur Ainaa Amirah binti Senong (SELANGOR A)
5. CARA TERBUKA BEREGU VETEREN
JOHAN :
Abdul Razak bin Jaafar / Azaman@Azman bin Kenit (SABAH)
NAIB JOHAN:
Masjula Suzana bin Masro / Naslan bin Osman (SELANGOR A)
KETIGA BERSAMA:
Suhaimi bin Zakaria / Nazeri bin Saman (PERAK A)
Mohd Farid bin Majid / Mohd Zaki bin Ibrahim (MELAKA)
6. CARA TERBUKA BEREGU VIP
JOHAN :
Zakaria bin Mat Jusoh / Zool Fadli bin Ismail (NEGERI SEMBILAN)
NAIB JOHAN :
Abd Kadir Bin Rais / Raja Nazril Azman Bin Raja Azam Iskandar (SELANGOR A)
KETIGA BERSAMA :
Abd Rauf bin Lang Pasih / Kalbin bin Hj Mohd Said (SABAH)
Shukri bin Saad / William Janda Anak Peter (KEDAH)
Kontinjen Selangor A berjaya mempertahankan kejuaraan yang telah dimenangi pada kejohanan yang lepas berlangsung di Negeri Pulau Pinang apabila kekal menjadi johan kategori berpasukan pada kejohanan kali ini. Kejohanan dan Majlis Penutupan berlangsung dengan baik sepanjang 3 hari barisan kontinjen berkampung di Negeri Jelapang Padi ini. Pihak pengelola mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan diharap dapat bertemu semula pada kejohanan yang sama pada masa akan datang di lokasi yang lain.