Latihan Kemahiran Menembak tahunan bagi Institusi Penjara Limbang telah diadakan pada 21 sehingga 23 Jun 2022 bertempat di Lapang Sasar PDRM Limbang, Sarawak. Seramai 118 orang kakitangan uniform terlibat dalam latihan ini. Latihan ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu mengikut divisyen. Divisyen A menjalankan latihan menembak pada 21 Jun 2022 manakala Divisyen B pada 22 Jun 2022. Simbolik perasmian latihan menembak ini telah disempurnakan oleh Timbalan Penguasa Penjara TPP Azrul Bin Yahya. Antara senjata yang digunakan dalam latihan adalah Raifle Colt M16, Smith and Wesson MP9 serta .38 SPECIAL dan Pump Gun. Markah bagi setiap detil menembak juga diambil.